Job : Makmal Robotik UTM


Customer :Makmal Robotik UTM, JB.
Job :
1. Backdrop pasang siap
2. Bunting Roll Up
3. Trolly display

Nie gambar barang-barang yang dah siap ( backdrop, trolly & bunting )


Asalnye Makmal Robotik nie nak buat backdrop dan bunting untuk pameran sempena kedatangan Robot Asimo ( Jepun ) ke UTM. Just buat partition dan tampal poster macam yang kebiasaan jabatan-jabatan lain buat. So, aku mencadangkan supaya buat backdrop yang boleh pasang siap dan bunting yang boleh digulung dalam bag yg kecil. Lagi pun, selepas nie mereka akan selalu buat pameran ke universiti lain atau pameran luar dari UTM. Mereka bersetuju nak buat dengan budget yang telah dipersetujui.

Semasa tengah nak siapkan barang-barang tu, aku dengar diorang tengah cari skirting meja dan meja dengan saiz yang sesuai sebagai stage untuk robot mereka beraksi. So, aku mencadangkan supaya buat satu trolly dengan saiz yg sesuai dan buat printing disekeliling trolly tu. Baru nampak ada style dan ia juga boleh dijadikan ruang untuk menyimpan backdrop dan bunting. Diarong setuju. Dalam masa 3 hari, ketiga-tiga barang tu dah siap. Aku terus settingkan untuk pameran diorang. Selepas habis pameran, aku dapat maklum balas dari makmal robotik tu yang para hadirin pameran tertarik dengan barang-barang tersebut dan mereka sendiri amat berpuas hati. Ini yang menambahkan lagi semangat aku dalam perniagaan advertising nie.

Nie adalah gambar pemasangan backdrop pasang siap.


First time aku tengok 'dia' beraksi... peh.... kagum gua beb. Dia boleh menari, berdiri sebelah kaki, sepak bola & tekan tubi. Saiz nye hanye lebih kurang 1.5 kaki tinggi. Walaupun pergerakannya tak berapa 'lembut' berbanding ASIMO, tapi aku percaya jika diperbaiki lagi pada masa akan datang... ASIMO pun susah nak cari makan beb.....

Kat bawah nie gambar robot UTM yang sedang membuat beberapa aksi.

Dari kedudukan berdiri, dia turun utk buat tekan tubi.
Sebelah tu pula, dia tengah sepak bola.


Berdiri sebelah kaki... boleh dia seimbangkan badan... kagum gua.
Sebelah tu pulak, dia tengah menari.... boleh tahan...





  • 125x125 Ads1
    • 1

      ESHRTWSETNRESNDRFHNDFNGF